PASTI Jaya Insan, Bukit Katil
Bercelaru dan haru-biru pentadbiran sebuah kerajaan pimpinan yang diketuai oleh Ketua Menteri dalam isu berkaitan tanah. Ada sahaja tanah orang kampung yang diambil untuk tujuan pembangunan dan ada juga tanah yang diambil itu berunsur politik semata-mata seperti yang berlaku di Merlimau dan Bukit Katil. Tanah yang dimaksudkan ialah tanah milik Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil dan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) As-Solihin yang terletak di Merlimau.
Kedua-dua PASTI ini merupakan tempat kanak-kanak kecil menuntut ilmu. Apakah dosa yang telah dilakukan oleh anak-anak kecil yang masih belum mengerti apa itu politik? Gara-gara politik sempit pemimpin yang tidak menjadikan agama sebagi pegangan, anak-anak kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa orang-orang politik berkepentingan yang tidak mahu melihat perkembangan ilmu agama bercambah dan berkembang.
Malahan tanah itu juga merupakan tapak persendirian yang tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri tetapi diambil begitu sahaja dengan hanya membayar pampasan semat-mata tidak mahu melihat sekolah anak-anak kecil itu terus beroperasi. Tambahan pula tempat anak-anak kecil itu menuntut ilmu merupakan tapak untuk PAS berceramah. Situasi ini mengundang ketidakselesaan kepada parti lawan maka mereka menggunakan platform pengambilan tanah.
Pelan utama pengambill alihan tanah
Pengambilan tanah di PASTI Jaya Insan, Bukit Katil adalah untuk pembinaan jalan raya. Kononnya jalan raya yang ada sekarang terlalu padat dengan kenderaan. Mengapakah tanah milik PASTI itu menjadi sasaran sedangkan tanah dihadapan PASTI itu boleh dijadikan laluan? Tanah di depan PASTI masih lagi luas dan ini bukan untuk jalanraya semata-mata tetapi melumpuhkan tempat orang berhimpun dan menuntut ilmu.
PASTI As-Solihin, Merlimau
Bagi tanah PASTI As-Solihin pula, tanah itu diambil oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka untuk dijadikan Sekolah Agama (JAIM) di bawah kerajaan negeri Melaka. Mengapa tapak tanah persendirian itu juga menjadi mangsa kezaliman kerajaan negeri? Adakah tanah dalam Melaka ini telah habis disapu oleh pemimpin yang tidak bertanggungjawab? Semakin hari tanah orang Melayu menjadi mangsa dikala parti pemerintah melaungkan slogan "Hidup Melayu" dan sebaliknya merekalah yang membunuh orang Melayu.
Sekolah Harapan, Jasin
Tetapi untuk sekolah pemulihan yang dinamakan Sekolah Harapan [link], kerajaan Melaka tanpa segan silu mendirikan sekolah tersebut sedangkan sekolah pembentukkan untuk pendidikan anak-anak kecil telah dinafikan hak. Antara dua sekolah berkenaan jika dibuat perbandingan, yang manakah patut diutamakan? Pembentukkan jiwa dan rohani atau pemulihan?
Pepatah ada mengatakan cegah sebelum parah. Sebelum berlaku kejadian yang tidak diinginisepatutnya kerajaan negeri memkirkan aspek pembentukkan dan bukannya memikirkan aspek pemulihan. Pemulihan dapat di atasi sekiranya ada pembentukkan. Kos untuk menampung pelajar Sekolah Harapan bagi setiap tahun adalah berjumlah RM1juta yang mana pelajarnya buat masa kini hanyalah 87 orang sahaja.
Begitu besar sekali perbelanjaan untuk Sekolah Harapan jika dibandingkan dengan dua sekolah bagi anak-anak kecil tadi. Akibat cetek dalam ilmu, maka tindakan yang dilakukan mengikut kehendak nafsu semata-mata dan campur tangan politik. Kerajaan negeri lebih pentingkan sekolah pemulihan dengan membina Sekolah Harapan sebaliknya sekolah untuk mendidik anak-anak kecil menjadi insan yang berguna dirobohkan?
Sumber: Yusof Wahab
Categories:
Kemudahan
Post a Comment