Sebenarnya aku dah tahu perangai Sam Ketot ni. Bukan setakat Sam Ketot, partinya juga merupakan sebuah parti yang tamak dan gila kerusi dalm dun dan parlimen. Sikap tamak PKR bukan sahaja menular di Melaka malahan sudah menular ke seluruh negara. Baru-baru ini aku kedengaran PKR mahukan 3 kerusi dun di Melaka milik PAS dan beberpa lagi milik DAP.

PKR patut sedar bahawa kerusi parlimen Jasin itu milik PAS dan apa lagi yang mereka mahukan dan sikap PAS yang terlalu berlembut dengan parti tamak ini kadang-kadang juga membuatkan aku menyampah. Dengan PKR sepatutnya PAS tidak harus berlembut kerana PKR ini parti baik didepan rakan tapi menikam di belakang teman.

PKR di Melaka mempunyai 8 kerusi, PAS dengan 13 kerusi manakal DAP dengan 7 kerusi bagi dun. Bagi kerusi parlimen pula mereka mempunyai 3 kerusi, PAS 1 dan DAP pula mempunyai 2 kerusi. Jika PKR berani, sila kembalikan kerusi parlimen Jasin milik PAS. Apa gunanya menikam rakan komponen dengan berusaha mengambil Bukit Baru tetapi sebarang gerak kerja hanya menumpang kaki PAS dan DAP.

Aku ingat lagi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 pada tahun lepas yang mana parti tamak ini menang 4 kerusi sahaja daripada berpuluh-piluh kerusi yang dipertandingkan dan aku ingat lagi siapa bakal Ketua Menteri Sarawak pada ketika itu, Baru Bian. Namun prestasi DAP terus meningkat dan hampir menyapu bersih kerusi yang dipertandingkan di Sarawak.

PKR patut belajar jadi parti yang bersyukur dan bukannya tamak. Mujurlah mereka kalah banyak supaya rakyat tahu bahawa PKR ini hanyalah sebuah parti bukan untuk kesejahteraan rakyat tetapi parti mengaut kroni-kroni dan terkeneng-keneng terutama apabila abang besar turun padang. Orang yang kuat menempel ialah Sam Ketot itu sendiri. Tak percaya cuba tengok ceramah apabila Anwar turun.

Lagi satu, Sam Ketot ini suka menumpang populariti PAS dan PKR terutama program ceramah yang dikatakan agak besar. Nak cari populariti sendiri tak yakin maka menempel si Sam Ketot ini. Perangai PKR sememangnya macam ini. 

Desas desus bahawa PKR mahu merampas beberapa kerusi komponen rakan mereka dari PAS dan  DAP terutama di Melaka juga bukan angan-angan. Mereka mahukan lagi 9 kerusi untuk mengenapkan ke angka 17 kerusi. Mereka mahu jadikan PKR kuasa dominan di Melaka dan PAS dan DAP sebagai kuda untuk mereka menunggang. 

Sam Ketot kena sedar bahawa jentera PKR Melaka hanya menumpang jentera PAS dan DAP. Selepas ini kita tengok monyet mana yang akan tampal poster PKR. Sebelum ini aku dengar member-member aku bagi tau yang PKR ini suka letak poster di pos milik PAS dan minta jentera PAS tampal. Jika mereka buat lagi kali ini, poster itu aku harap orang dalam PAS atau DAP tampal je dalam tong sampah poster tu.

Ketot dengan angan-angan...

"PAS kena berbesar hati, mereka sudah bertanding di Melaka semenjak pilihan raya pertama dan tidak akan menang di sesetengah kerusi.

"Contohnya, kerusi Bukit Baru yang terletak di bawah parlimen Bukit Katil pada PRU 2008.

"Bagi undi kerusi parlimen Bukit Katil, PKR kalah 700 undi di Dun Bukit Baru.

"Sementara keputusan PRU bagi Dun Bukit Baru pula, PAS kalah dengan majoriti 2,700 undi dan ini membuktikan. 


Categories:

Post a Comment